EPISIOTOMI
Apakah episiotomi?
Dari membiarkan blog ini terus sepi
seperti rumah tanpa penghuni, saya kongsikan di sini info yang saya
dapat dari emel yang dipanjangkan.
Tak pula disertakan dari mana sumber artikel ini. Sekadar pembacaan saja ya. Kalau nak kan kepastian, silalah tanya Puan Doktor.
Apakah episiotomi?
Episiotomi adalah insisi dari perineum untuk memudahkan persalinan dan mencegah ruptur perinii totalis (Bagian Obsgyn, UNPAD). Sedangkan menurut Harry Oxorn (1996), Episiotomi adalah insisi perinium untuk memperlebar ruang pada lubang keluar jalan lahir sehingga memudahkan kelahiran bayi.
Jenis–jenis episiotomi
- Episiotomi Medialis adalah yang dibuat di garis tengah.
- Episiotomi Mediolateralis dari garis tengah ke samping menjauhi anus.
- Episiotomi Lateralis 1-2 cm diatas commisuro posterior ke samping.
- Episiotomi Sekunder adalah ruptur perinii yang spontan atau
episiotomi medialis yang melebar sehingga dimungkinkan menjadi ruptura
perinii totalis maka digunting ke samping.
Fungsi Episiotomi
- Episiotomi membuat luka yang lurus dengan pinggir yang
tajam, sedangkan ruptura perinii yang spontan bersifat luka koyak dengan
dinding luka bergerigi.
- Luka lurus dan tajam lebih mudah dijahit.
- Mengurangi tekanan kepala bayi.
- Mempersingkat kala II.
- Mengurangi kemungkinan terjadinya ruptura perinium totalis.
Keuntungan dan kerugian dari episiotomi
- Episiotomi Medialis : mudah dijahit, anatomi maupun
fungsionil sembuh dengan baik, nyeri masa nifas ringan, dapat menjadi
ruptur perinii totalis.
- Episiotomi Mediolateralis : Lebih sulit dalam penjahitan, anatomi
maupun fungsionil penyembuhan kurang sempurna, nyeri pada hari-hari
pertama nifas, jarang menjadi ruptura perinii.
Antara perkara yang perlu
diperhatikan selepas melahirkan adalah guntingan perineum atau lebih
dikenali sebagai episiotomi. Sekiranya tidak dijaga dengan teliti,
episiotomi boleh terbuka semula. Sebenarnya episiotomi tidak dilakukan
dengan sewenang-wenangnya ke atas semua ibu bersalin.
Guntingan ini hanya akan dilakukan dalam keadaan yang benar-benar memerlukan.
Namun, bagi kebanyakan kes kelahiran pertama, episiotomi kebiasannya
adalah perlu. Hal ini dilakukan dengan alasan, bahagian perineum ibu
masih ketat dan perlu digunting bagi memudahkan kelahiran.
Bagi kes-kes lain pula,
episiotomi akan djalankan bergantung kepada keadaan-keadaan tertentu.
Lazimnya, doktor akan bertindak untuk melakukan episiotomi sekiranya :
1 – Saiz bayi besar
Keadaan sebegini tentu sekali
akan memaksa doktor untuk melakukan guntingan perineum. Lebih-lebih lagi
jika kepala bayui sudah hampir keluar. Dengan melakukan episiotomi,
proses kelahiran dapat berjalan dengan lebih lancar.
2 – Posisi kepala bayi
Dalam kelahiran normal, kepala
bayi seharusnya ke bawah occipito anterior (OA) dan diameter keluasan
perineum biasanya sekitar 9.5cm.
Namun, jika bahagian muka bayi
ke atas dalam posisi occopito posperrior (OP), maka keadaan ini
memerlukan episiotomi kerana bayi memerlukan ruang yang lebih luas
sebelum boleh dikeluarkan. Jika posisi bayi ialah OP, maka diameter
perineum boleh mencecah hingga 13cm.
occopito posperrior
Oleh kerana itulah, ia menyukarkan bayi untuk keluar dan episiotomi adalah jalan penyelesaian terbaik.
3 – Penggunaan alat bantuan kelahiran
Sekiranya kelahiran perlu
dibantu dengan menggunakan instrumen bantuan kelahiran seperti forsep
dan vakum, maka episiotomi adalah perlu memandangkan alat-alat tersebut
memerlukan ruang yang lebih besar untuk dimasukkan.
Cara mengelakkan episiotomi
Bagi mengelakkan episiotomi, ada beberapa langkah yang biasanya dilakukan oleh doktor. Langkah yang dimaksudkan ialah :
- Doktor melakukan rengangan di bahagian perineum untuk
melembutkan bahagian tersebut dengan menggunakan tangan. Langkah ini
biasanya dilakukan ketika waktu bayi hampir dilahirkan.
- Pad khas diletakkan di bahagian perineum. Pad sebegini dapat
menyokong perineum dan diakui dapat menghalang perineum daripada koyak.
Biarpun bukan semua ibu hamil
perlu melalui episiotomi, namun ada juga yang perlu melalui pengalaman
ini. Bagi anda yang telah menjalaninya, dinasihatkan supaya lebih
berhati-hati agar jahitan berkenaan tidak terkoyak semula. Perlu anda
ketahui, kebiasaannya jahitan luka episiotomi memakan masa untuk sembuh,
paling maksimum 14 hari. Sementara itu, sepanjang tempoh hari ke 7
hingga hari ke 14, anda perlu lebih berhati-hati dan teliti dalam
menjaga kebersihan alat sulit.
Sebaik-baiknya, setiap kali
menggunakan tandas, anda perlu mencuci bahagian alat sulit menggunakan
air yang secukupnya di samping menggunakan antiseptik yang bersesuaian.
Selain daripada itu, bahagian tersebut perlu dicuci bermula daripada
bahagian depan, kemudian barulah ke belakang.
Antara lainnya, anda turut boleh
melakukan sitz bath bagi mengelakkan bahagian alat sulit membengkak.
Hal ini dapat anda lakukan dengan berendam di dalam tab yang mengandungi
air garam. Selain daripada air garam, anda juga boleh menggunakan
sebarang jenis antiseptik. Dengan melakukan amalan ini, ia dapat memberi
kesan yang melegakan. Lebih daripada itu, amalan sitz bath dapat
memberi keselesaan kepada perineum.
Undang jangkitan
Dalam kes terpencil, jahitan
boleh terbuka semula. Sekiranya hal ini berlaku, anda perlu segera
berjumpa dengan doktor. Dalam kebanyakan kes, biasanya doktor tidak
perlu melakukan apa-apa sekiranya kes jahitan terbuka semula berlaku
selepas tempoh tujuh hari. Hal ini kerana kebiasaannya, bahagian yang
dijahit sudahpun bercantum semula.
Walau bagaimanapun, jika masalah
ini berlaku selepas sehari dua anda selamat melahirkan, ia memerlukan
perhatian sewajarnya daripada doktor kerana bahagian berkenaan perlu
dijahit semula. Sungguhpun begitu, keadaan ini akan tambah merumitkan
kerana ia boleh mengundang jangkitan kuman.
Tips penjagaan episiotomi
- Selagi jahitan belum sembuh, jangan sesekali membawa atau mengangkat barang-barang yang berat
- Jangan membiarkan diri terlalu stres. Jadi, banyakkan berehat.
- Meminimumkan pergerakan perineum.
- Minum air secukupnya kerana ia sangat penting untuk mengelakkan sebarang jangkitan kuman.
- Elakkan diri daripada dijangkiti UTI, memandangkan jarak bahagian
uretra dan perineum hanyalah 3 - 4 cm. Langkah ini perlu kerana UTI
dapat menggalakkan jangkitan kuman.
- Bagi pesakit diabetes, anda perlukan jagaan rapi dan perlu mengawal tahap gula dengan sebaik-baiknya. Jika tahap gula tinggi pada tempoh penyembuhan, luka berkenaan sukar untuk dipulihkan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar